

Koperasi Bekas Pelajar
Maktab Sultan Abu Bakar 1980 Berhad (CoopEC80)


Re-Union setelah 34 tahun
Tahun 2014 merupakan tahun bersejarah buat kami kerana telah diketemukan kembali rakan rakan sekolah setelah sekian lama terputus hubungan sebaik sahaja tamat peperiksaan SPM pada 1980. Di atas usaha murni Sdr Mustaffa Mohd Idris serta rakan-rakan yang berusaha, kami telah diketemukan kembali. Alhamdullillah. Semoga pertemuaan dan persahabatan ini akan berterusan dan diberkati Allah SWT...Ameen...







Aktiviti EC Hati
Perjumpaan Hari Keluarga bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidil Adha 1435 (4 & 5 Oktober 2014) adalah diantara aktiviti EC Hati dengan penyertaan semua rakan rakan tidak mengira bangsa dan agama.
InsyaAllah....




BROTHERHOOD
RESPECT
+ + + + + + + + +
Friendship
EC Hati
Community


AHLI LEMBAGA KOPERASI CoopEC80
Pengerusi : Sdr Jadid Ismail
Setiausaha : Sdr Zaba Youn
Bendahari : Sdr Richard George Azlan Abas
ALKs :
1. Sdr Abdul Rahim Dahlan
2. Sdr Azman Mohd Kassim
3. Sdr Hashim Said
4. Sdr Khalid Kamarol Bahrin
5. Sdr Muhamed Kamalruzaman Isa
6. Sdr Mohd Hassan Madon
7. Sdr Mohd Raihan Abu Bakar
8. Sdr Mohd Saifuddin Md Salleh
9. Sdr Mustaffa Mohd Idris
10. Sdr Najmuddin Mahmood
11. Sdr Nasharuddin Othman
12. Sdr. Zulkefle Ahmad



BERITA TERKINI
Penubuhan CoopEC80
Alhamdullillah, bersyukur kami kehadrat Allah kerana setelah sekian lama merancang akhirnya rakan-rakan EC80 telah berjaya disatukan dibawah sebuah entiti, koperasi. Melalui koperasi kelak agenda kami bukan sahaja untuk merapatkan silaturrahim di antara kami bahkan kami juga berhasrat untuk mempertingkatkan ekonomi serta keperihatinan terhadap hal-hal kebajikan rakan-rakan yang mana kami yakin ianya akan dapat memperkukuhkan ukwah kami.
Justeru, tanggal 26 April 2014, KOPERASI BEKAS PELAJAR MAKTAB SULTAN ABU BAKAR 1980 BERHAD (CoopEC80)telah ditubuhkan pada suatu majlis Mesyuarat Agong Penubuhan(MAP)CoopEC80 di Kelab Golf Kinrara, Puchong Selangor DE. Seramai 63 orang rakan-rakan bekas pelajar telah hadir. Kami merasa terharu dengan kehadiran rakan-rakan yang tinggal di serata negeri di Malaysia ke majlis MAP CoopEC80 tersebut. Suasana tersebut telah menguatkan lagi iltizam serta keyakinan kami untuk melihat CoopEC80 ini cemerlang di masa-masa akan datang.
Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi CoopEC80 yang Pertama telah diadakan di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Muar, Johor DT pada 10 Mei 2014.
Mesyuarat Kedua Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi CoopEC80 yang Kedua telah diadakan di pejabat Silverbird Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor DE pada 23 Ogos 2014.
Mesyuarat Ketiga Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi CoopEC80 yang Ketiga telah diadakan di pejabat Silverbird Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor DE pada 22 Jan 2015.
Mesyuarat Keempat Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi CoopEC80 yang Keempat telah diadakan di pejabat Silverbird Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor DE pada 7 Ogos 2015.
Mesyuarat PraAGM Pertama
Mesyuarat PraAgm CoopEC80 telah diadakan di Putrajaya Lake Club pada 31 Ogos 2015.