top of page

Aktiviti

Mesyuarat Agong Penubuhan

Alhamdullillah, bersyukur kami kehadrat Allah kerana setelah sekian lama merancang akhirnya rakan-rakan EC80 telah berjaya disatukan dibawah sebuah entiti, koperasi. Melalui koperasi kelak agenda kami bukan sahaja untuk merapatkan silaturrahim di antara kami bahkan kami juga berhasrat untuk mempertingkatkan ekonomi serta keperihatinan terhadap hal-hal kebajikan rakan-rakan yang mana kami yakin ianya akan dapat memperkukuhkan ukwah kami.

 

Justeru, tanggal 26 April 2014, KOPERASI BEKAS PELAJAR MAKTAB SULTAN ABU BAKAR 1980 BERHAD (CoopEC80)telah ditubuhkan pada suatu majlis Mesyuarat Agong Penubuhan(MAP)CoopEC80 di Kelab Golf Kinrara, Puchong Selangor DE. Seramai 63 orang rakan-rakan bekas pelajar telah hadir. Kami merasa terharu dengan kehadiran rakan-rakan yang tinggal di serata negeri di Malaysia ke majlis MAP CoopEC80 tersebut. Suasana tersebut telah menguatkan lagi iltizam serta keyakinan kami untuk melihat CoopEC80 ini cemerlang di masa-masa akan datang.

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + 

BROTHERHOOD

RESPECT

+ + + + + + + + + + + + 

Friendship

EC     Hati 

                  COMMUNITY 

 
Like Us 
Tweet Us
Follow Us
Watch Us 
  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-tumblr
  • w-youtube

100 tahun English College

EC Hati 80 mengambil bahagian dalam Majlis Makan Malam sempena 100 Tahun English College pada 23hb March 2014 dengan membeli 9 buah meja. Acara meriah sehingga tengah malam.

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + 

Hari Keluarga Aidil Adha 1435

Perjumpaan Hari Keluarga bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidil Adha 1435 (4&5 Oktober 2014) adalah diantara aktiviti tahunan EC Hati dengan penyertaan semua rakan rakan tidak mengira bangsa dan agama.

InsyaAllah....

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + 

Makan makan Day

Makan Asam Pedas Johor dan bersantai sebelum bermulanya Mesyuarat ALK Kedua di Muar pada 10 Mei 2014

© October 2014 by CoopEC80. Proudly created with Wix.com

bottom of page